Sunday, June 17

hello yellow

Terdahulu Assalamualaikum and hello everybody!

Lama sudah tidak berkunjung ke laman blog ni. (hehehe) mentang-mentang cuti 2bulan lamanya, lapuk sudah. bukan apa agak sedikit sibuk. mana taknya nak kemas rumah lagi, masak lagi, basuh kain lag mana tak dengan jaga anak kecilnya lagi (gaya macam dah jadi isteri orang hahaha) gaya mesti ada beb. tak laa actually i am busy with babysit my cousin. ngee. banyak benda nak cerita sebenarnya tapi tak nak lah campur aduk kan semua perkara dalam satu post. aku akan post satu persatu mengikut kejadian. 

Tapi apa yang paling penting sekali adalah semalam 16 jun 2012 merupakan sejarah hitam bagi aku dan sekeluargaku. Apabila salah seorang ahli keluarga belah mama aku meninggal. iaitu abang sulong kepada mama aku telah kembali ke rahmatullah. (Al-Fatihah buat arwah Saidi bin Marsuk) 

Yang sebenar-benarnya, aku tak dapat lagi full story, tapi berdasarkan apa yang diberitahu oleh mama dan babah, bahawa semalam arwah ada datang berkunjung ke rumah beberapa jam sebelum kejadian. Arwah ada duduk bersembang makan minum seperti biasa, maklum rumah mak sendiri. So tak nampak apa-apa tanda yang pelik. Kemudiannya petang semalam, arwah teresa pening ketika dirumah dan telah dibawa ke klinik berdekatan di Alam Megah. Apa yang aku tahu arwah meninggal ketika di klinik pada jam 7.30mlm.

Aku pula ketika ini ada di Segamat, memang ikut hati nak terus balik. Tapi aku buat keputusan untuk pulang pada minggu hadapan sahaja. memandangkan banyak kerja perlu aku selesaikan berkaitan pengajian aku disini. Hari ini ahad 17 jun 2012, arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, berdekatan kubut arwah atuk Marsuk.

Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan Allah. Memang berat rasa hati menerima kenyataan tetapi Allah lebih menyayangi beliau. Aku hanya mampu memberi sedekah Al-Fatihah kepada arwah dan ucapan takziah kepada keluarga arwah dari jauh. 

Kepada sepupu aku iaitu anak-anak arwah Diyanah, Hasin, dan Farah jaga mak baik-baik. beri semangat pada mak. Jangan buat perangai, ingat apa-apa pun korang adik-beradik masih ada keluarga yang lain. terutama akak dan mama ton. akak sekeluarga sentiasa welcome all of you. akak dah anggap korang macam adik-adik akak sendiri. Apa-apa jangan segan untuk datang jumpa atau call je terus akak. i will be your sister and always have a time for you. Ingat kami sayang korang jangan rasa sunyi. okay?

gambar terakhir bersama arwah

we are like siblings

and always be us






Aku akan merindui sikap senang arwah apabila berkumpul dirumah nenek.
Al-Fatihah......

No comments: