Saturday, February 11

Nur = Cahaya

Assalamualaikum, (manis tidak sebagai mukadimah)

Alhamdulilah sehingga hari ini, saat ini, detik ini Allah masih memberi peluang kepada kita untuk terus menikmati kehidupan yang agung kepada kita. (pelik kan? tiba2 seperti ustazah) tahu lah mengagumi Ustaz Don Daniyal Don Biyajid hihi. Walauapapun, tujuan utama nak post entri ni, sebenarnya hanya ingin berkongsi pandapat dan buah fikiran sahaja. Dari apa yang aku perhatikan terlalu banyak liku kehidupan banyak cabaran dan masalah yang timbul.

Realiti kehidupan kan, manusia takkan pernah lari daripada masalah dan dilema tapi bagi pendapat aku lah, kalau kita dilanda masalah kenapa tidak kita kembali kepada diri kita yang sebenar. Kembali kepada Pencipta kita kerana hanya Dia yang mengetahui Qada' dan Qadar kita.. Jangan sesekali meletakkan beban masalah, dilema yang kita lalui malah kesalahan yang kita lakukan kepada orang lain.Jjika benar kesalahan itu dilakukan bersama tetapi yang penting uruskan diri kita terdahulu.

Aku jua mempunyai masalah, dilema, tekanan. sehingga aku kadang kala merasakan punca dan sebab semua ini berlaku kerana seseorang itu. "dia lah penyebab aku jadi macam ni!" "dia lah yang mengajar aku!" "dia pemusnah hidup aku!" "aku menyesal bertemu dengan kau!" " jika aku tahu ini pengakhirannya aku tak kan pernah nak mengaku aku kenal kau!". Biasa tak dengar orang berkata begitu atau pernah tak terlintas dalam fikiran kita mahupun hati kita??  I bet for sure pernah dan selalu kan? kan? kan?

Biasa lah tuh manusia, sentiaa mencari kesalahan orang untuk menutup kesalahan sendiri tapi kadang kala ada juga situasi dimana, dia sedar akan kesalahan dirinya tapi kerana mahu mengelakkannya semua orang disekelilingnya menjadi mangsa kesalahan dirinya. that's common thing dear.Tterlalu ramai manusia yang begitu, sehingga aku merasa kan tak adil sungguh. Kalau ia pun trauma dengan kesalahan diri sendiri janganlah sampai semua orang nak dituduhnya. Jangan menganggap kalau kita pernah buat satu kesalahan besar suatu ketika dulu, dan kesalahan tersebut akan diulangi lagi oleh orang lain pula. Wahai insan2 diluar sana, rambut sama hitam, kulit ada yang sama warna, tetapi ingatlah hati lain2. Setiap hamba Allah telah diberi peluang untuk berubah kan?

Fikirlah secara matang selari dengan usia kita yang semakin hari semakin ditelan masa. Jangan pernah pandang kebelakang jika masa yang lampau itu amat hitam dan perit. Jika ianya baik dan manis let it be in your mind and heart.(stay as your precious memory) but if it bad and very very hurt you forget it dan jadikan lah pengajaran dan tauladan. agar ianya tidak berulang lagi, yakin kan hati teguh kan pendirian bahawa kita tak akan pernah untuk berpatah balik dan jangan mengenang perkara yang dah berlalu. (walau busuk mana pun kenangan tersebut). 

Apa akan jadi kalau kita terus mengenang kisah yang dah berlalu? (especially bad thing that happened). PADAH YANG AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI. that's it. Kita hanya akan membawa padah pada diri kita sendiri je. Sebab apa? ha sebabnya kita asyik nak fikir je apa yang dah berlaku dan sentiasa mencari kesalahan2 yang menyebabkna sesuatu perkara buruk itu terjadi. Semakin lama kita mengingat kisah lama, nanti otak kita akan rosak. Rosak dengan apa? rosak dengan bisikan syaitan yang sentiasa menghasut kita untuk berdendam dan membenci. Bahaya kan? Subhana Allah minta2 perkara ini dijauhkan dari diri aku.

So? apa yang ingin aku pesan kalau kita ni cepat marah? pendendam? atau kecewa?
Kembali pada Dia Yang Maha Esa dan Berkuasa. Dalam agama kita telah diajar supaya sentiasa bermuhasabah diri. Selami kekurangan yang kita miliki, jangan pernah melihat dan bangga dengan apa kelebihan yang kita miliki. Kkalau rasa diri ni dikhianati atau terancam beringat pada Allah, mengadulah pada Allah kerana setiap butir bicara yang kita lafazkan sentiasa didengari oleh Allah serta malaikat kiri kanan. Jangan sibuk menjaga tepi kain orang dan sebelum kita nak mengajar seseorang itu tidak salah tetapi biarlah kene dengan keupayaan diri kita sendiri. Kita sibuk mengatakan pada orang lain ini salah, itu salah tetapi keburukan yang terpamer secara zahirnya pada diri kita, kita tak nampak kan? so apa kata sebelum nak cakap orang berdosa kita lihat dulu apa dosa kita pada Allah. Banyak tau, jangan ingat kita ni dah cukup baik untuk menyatakan sesuatu yang kita sendiri tak pasti.


So akhir kata entri ni tak bertujuan untuk ditujukan kepada sesiapa tetapi peringatan untuk diri aku sendiri. Jika anda rasa aku hanay mengarut tak mengapa, Allah lebih mengetahui akan tujuan aku yang sebenar. Cuma aku agak kesal dengan pemikiran orang zaman sekarang yang suka membuat kesimpulan tersendiri tanpa mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Harap jangan mengulangi kesilapan seperti ini lagi. Memang baik niat kita nak mengajak orang menuju ke jalan Allah yang lebih diredhai cuma jangan terlalu melampau sehingga diri sendiri tak menyedari dan tidak mencerminkan diri sendiri ok? ;) Maaf dari hati jika kata2 didalam post ni agak kasar atau membuat terasa hati. Ikhlas yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk dari aku sendiri. DOA senjata utama dalam menangani kelemahan diri dan hasutan bisikan syaitan.
Berdoa memperlihatkan tanda kerendahan hati kita pada Allah.



Alhamdulilah, selalu lah berzikir ye .. ;)