Tuesday, September 18

3Hari 2Malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dikala malam ini orang lain sedang sibuk belajar taxation,(memandangkan esok test) namun aku? aku sibuk menaip disini (?????). Bukan tak belajar tapi dah letih sebab ... tuuuutttt (hanyan classmate sahaja yang tahu ahakz). Jangan risau ada effort yang diletak cuma ambil sedikit masa nak menaip kat sini gatal dah tangan ni.

Apa yang nak dikongsikan dalam entri kali? haaa 3Hari 2Malam macam best je dengar kan? ala2 rancangan tv tu  tapi apa yang lainnya disini adalah dalam rancangan tv pergi melancong tapi aku pergi kem.(bukan kem plkn ok, tu dah berzaman dah). Kem yang aku pergi ni under kelab kruise UiTM, Johor ke Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang 3 minggu yang lalu. (lambatnyaaa updateeeeeee teheee, maafla banyak benda kene buat sepanjang 3 minggu sudah )

Yang sebenarnya lah kan, aku ni tak pernah pun pergi camping ni bagai. (anak bapak katakan T_T) waktu sekolah2 dulu, sangat jealous bila ada kawan-kawan kita yang pergi perkhemahan huh! Waktu sekolah rendah nak pergi babah kata " eh bahaya tuh, lagi pun kecik lagi tunggu la dah besar sikit" ME: okay ;( . Naik sekolah menengah form 1 ME: babah nak ikut pergi perkhemahan sekian sekian sekian... babah "eh bahaya lah tempat tuh, tak payah la" next 2 year PMR, ME: babah, (soalan yang sama), then babah " (jawapan yang sama) " haih... sampai lah ke SPM dah tak tahan ni tengok geng2 semua pergi panjat gunung senyum, dengan berkobar-kobar balik rumah nak tanya. bila tanya je babah... what did you guess??? Well the answer as the same. Haih itulah kalau dah jadi anak perempuan En Rosly, selalu kene perli dengan kawan2. Tapi paling adventure lah setakat ni pernah aku sertai aktiviti lasak ada 2 je(dengan muka ntah la), pertama waktu plkn dan yang kedua ni lah perkhemahan di Bentong. Sadis right? Kalau orang lain dah macam2 tempat dinaik turun, panjat sana sini. (dah lepas ni jangan nak gelak sangat ok?)

By the way, apa yang nak aku cerita disini adalah, semua benda yang terjadi di Bentong adalah "fisrt timer". Nightwalk, Jungle Trekking, Tidur dalam khemah (sejuk macam nak beku), Berjaga malam, Flying Fox, Rempuh Halangan, Barbeque dan apa lagi ek tengok kan dah lupa choi!. Yes, walaupun kat plkn ada nightwalk, rempuh halangan and flying fox but the feeling tu. feeling tu lain la babe, jauh beza dengan plkn. Time plkn perasaan teruja tuh tak sama, maybe ni pergi dengan geng.(tu yang excited lebih tuh haha).

Memang sumpah, camping kat Bentong ni amat la tough (maybe sebab "first timer"?), nightwalk jauh beza dengan masa kat plkn dulu. Hampir tumbang juga la kat dalam hutan tuh, jalan tak boleh nak curam lagi bukit tuh. Dengan berbekal kan hanya sebatang lilin, mentang2 group aku 4orang je abang tu bagi satu batang lilin je. Mula-mula ingatkan masuk seorang demi seorang, memang aku duduk situ sampai orang belakang sampai la jawabnya heeeee. Tapi nasib baik masuk by group.(fuhh). Plus nightwalk adalah aktiviti kedua di hari pertama yang mana sepatutnya dilakukan pada malam kedua. Walaupun adventure, masuk lubang sana sini, panjat sana sini orang depan aku jadi mangsa la. Sebab aku orang depan jalan lambat heee (mesti leceh kan? alaa fisrt timer kan?). Waktu kat tengah-tengah perjalanan,terdetik dihati rasa macam hish taubat tak nak buat dan nak patah balik tak nak teruskan. Tapi entah hati ni kata "go wafa go! you can do it! jangan jadi lemah! ni baru sikit je ni. dah nak sampai tu" dengan termengah-mengah la jugak, nasib Cik Ekyn ada bagi gula-gula. Masa kat dalam hutan tengah pancit tu jugak terdetik dalam hati kata "esok tak nak la pergi jungle trekking" bila dengar uncle tu cakap jungle trekking lagi jauh dan naik panjat atas lagi. Tapi bila dah sampai bawah, pergh terus hilang rasa penat dan letih. Rasa best dan enjoy jugak aktiviti lasak2 macam ni. Terus tak terfikir next aktiviti yang susah-susah.

Waktu Jungle Trekking pagi esoknya, dah berkobar-kobar jugak ni. Walaupun rasa penat, letih dan mengah, tapi tak seteruk waktu nightwalk. Maybe sebab nightwalk gelap tak nampak jalan, yang Jungle Trekking ni siang nampak jalan dan sambil jalan sambil menikmati suasana alam sekitar (haaa best tak. try imagine ....... )
Jalan untuk Jungle Trekking ni pulak pelik, masih ada lagi naik turun bukit tapi berliku-liku jugak lah jalannya. Siap semua kene pacat bagai, tapi alhamdulilah aku terkecuali. Mengelabah jugak lah bila tengah-tengah jalan tuh orang depan dah jerit "pacat pacat pacat" pergh terus rasa macam tak nak berjalan (someone dukung boleh?). But, bila dah habis check check tak ada pun... hehehe ;) Senyum sampai ke telinga. Geli seyh tengok pacat tuh.

Flying Fox, memang best la kan. Aku berterbangan bagai burung hahah (aza cakap " wafa burung apa kau jadi tadi haa" ). Rempuh Halangan pulak lain sikit (eh bukan sikit banyak jugak) especially bab masuk lumpur . Memang tak boleh diterima kot berendam air lumpur macam tuh. Ohh lupa nak bagi tahu sebenarnya camp site ni dah sebulan orang tak datang sebab bulan lepas kan puasa, tak ada orang datang. Dan kami-kami ni semua adalah orang pertama lepas puasa. (Daym tahu tak apa perasaannya?) Patutla waktu first day sampai rasa macam creepy nya tempat ni. (Suspen je tau!)

Malam hari kedua, ada barbeque and sesi mengenali antara-antara para peserta. Majoriti banyak bebudak part3, banyak adik-adik le kiranya. Tapi mereka-mereka ni sungguh menyeronokkan and tak rasa pun siapa junior or senior. Air kat sini sangat sangat sangat sejuk. Ibarat mandi dengan air sejuk yang amik dari peti ais (ha cuba buat, buat jangan tak buat~!). Dan apabila tidur malam, tak perlukan air cond, suhu dah melebihi suhu air-cond! Memang terbaik~~~~

Disini terdapat segelintir   buat santapan kamu-kamu ;-)

nampak tak first timer punya bag hahaha macam nak duduk setahun hewhewhew


This vehicle are used to transfer us from the bus to the camp site
(first2 naik terbayang cerita psycho, pembunuh membawa mangsa2 untuk dibunuh dengan kejam!)


our camp!



Barbeque Night!!

Semut Generasi X hahaha besar gila!

Mereka-mereka sungguh sporting, fun dan lawok laaa



budak "first timer"





KRUISE terbaik~~~~ thanks to amoy for the successfull paper work!!


Saturday, September 15

Trip Law

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera.....

Tangguh punya tangguh punya tangguh, sekarang baru lah boleh meng-update blog ni. banyak benda nak tulis kat sini tapi rasanya akan jadi lintang pukang hermm i guess T_T nak cerita sedih ke? nka cerita seronoksssss? okay apa pun last 2weeks adalah minggu yang sangat memenatkan terkejar sana, terkejar sini. berlari ke sana, berlari kesini. naik sana, naik sini. haih tapi satuuuuu je masalah tak jugak kurus2 hmmm T_T (sorry too mama, nak buat mcm mana nak teruskan hidup kene lah makan *wink wink wink)

Serabut sangat kepala 2-3minggu ni, dah nak dekat-dekat final lah assignment datang bak peluru machine gun. Then kene submit semua nya akhir minggu lepas, So hari ni lega sikit, boleh la bernafas sedikit. Dah la dengan assignment plus test 2 lagi. Nasib semua dah selesai tinggal test Tax je. (aduhai apa laa nak jawab ni kelas macam ada tak ada je).Tak mengapa, semuanya pasti boleh! (YES i believe i can do it!!!) wooo hoooha !

By the way, walaupun penat tapi sungguh seronoks tau. sambil stress sambil berjalan-jalan hahah pelik? ni bukan berjalan berfoya-foya ye. (mesti ada yang kata amboi jalan je yee). Kontroversi betul kan, ada je yang tahu then salah bagi info atoyai. Apa-apa jela as long as i didn't do wrong thing i'll be safe. *wink wink

First of all, after naik raya je, ada trip ke Petrosains dan Parlimen Negara under kelas LAW 346. Yang part Petrosains tuh mesti ada yang angkat kening and start to wonder "whhyyyy?" haha ye kami dah besar panjang umur 20 tapi trip ke Petrosains? hahah lakar-lakar lah kan? EHEM actually supposedly our destination is to Penjara but unfortunately fully book, last minute cancellation. hmm what to do tak ado rezeki lah tu namanya. so nak cari replacement dalam masa terdekat dengan consider tempat dan keadaan lalu lintas serta kemudahan nak makan dan solat bagai they choose Petrosains. At first macam eh Petrosains? then macam dah last minute kan tak boleh fikir banyak-banyak sebab ada banyaaakkk lagi benda nak fikir so all of us just said OK! Biarlah apa orang nak kata, as long as tempat tuh ada juga ilmu nya, bukan masuk sekadar main2 macam budak-budak kecik (marah ni bila ada orang mentertawakan cakap pergi Petrosains. (alah consider jela ramai yang tak pernah masuk senang cerita adoi, suka tau mempertikaikan benda remeh temeh ni dus dush) What ever it is we enjoy the trip. As our Sir Iftikhar said "tak apa, tak kisah, tak mengapa" (kelakar jugak sir ni rupanyaaa)

 Then next destination (ha yang ni betul mengikut perancangan awal) Parlimen Negara . Waktu masuk Bangunan Parlimen semua macam wahh waahh wahh wow.. ooo ehhh uuu (macam-macam sound ada). Waktu menjejakkan kaki kat Parlimen semua dalm hati mengharapkan ada persidangan, tapi malang T_T. pada sebelah petang untuk hari itu tak ada persidangan, abg tu kata nak tengok persidangan hari isnin minggu depan (memang memang terguris huh!). First kami dibawa ke dewan negara yang baru, sebab bangunan lama sedang under renovation so buat masa ni persidangan semua dilakukan dalam Dewan Negara baru. Sungguh cantik dan besar. (Dalam Dewan Negara baru ni boleh ambil gambar tetapi tak dibenarkan upload, hmmm yeke??) (ada berani mahu cuba? gila!) Duduk berpusing berlegar-legar dalam dewan tuh selama lebih kurang 10-15minit, then keluar ke bangunan lama masuk Dewan Negara yang lama. Dalam tuh diberi sedikit penerangan oleh pegawai yang bertugas dan ada sesi soal jawab. Kami pun mula lah berlagak seperti menteri-menteri yang tak bertauliah dan mula bersidang. (such a good character).

It was fun and tired too. Eventhough the trip was done but i got one more trip on the next day. (banyak kan berjalan? dah cakap kan). i got camp with Kruise too Bentong, Pahang for 3days 2night, boleh bayangkan tak? bertapa penat plus dalam kepala teringat Test LAW selasa next week tu? (bila nak baca buku law? hahaha)

Here somes picture yang boleh ditayangkan kepada anda :


here are Parliament Negara






Siapakah yang bakal berada di kerusi sebenar????????