Tuesday, March 27

uuuu lalalala~

TEHEEE!


Yes! Finally i'm free! free from everything especially SEGAMAT! hahah entah kenapa sejak akhir2 nie rasa membuak2 menyampah sangat. maybe sebab di dunia ni terlalu banyak orang yang berpura2 dan hanya pandai bermuka2 a.k.a (kaki kipas). kann? *maaf lah kalau statement ni salah

sejak akhir2 nie kalau nak keluar kan statement atau status atau komen berhati2 lah ye diluar sana. kalau salah langkah (anda berada di zon bahaya! zone bahaya! teet teet teet). kita faham lain orang lain faham lain. manusia hati berbeza2 bukan. ok lah tak nak cerita banyak pasal tuh, membosankan.

apa2pun saya dah habis Exam! and cuti pulak tak boleh nak lama lagi ke? 2 BULAN. so apa mau buat? kalau duduk rumah makn, tido, main game, online.. lama2 jadi babi gemuk..tahahaha! buruk jek ..
so jalan penyelesaian nya kerja! harus kerja! carilah kerja apa2 pun janji halal dan dapat duit! tehee banyak benda nak beli ni.. ekeke ..

facebook dah deactivate! yeah! WHY?? haaaa sebab banyak sangat kaki penyibuk , semak je mata memandang. bila update status ada je tak kena. memang mereka2 je yang betul, kita ni sentiasa je salah. padahal kita cakap melalui apa yang kita perhatikan. haih manusia2 kalau dah tak matang tuh tetap jugak tak matang. tapi kalau orang2 macam nie tak payah lah nak bertekak buang masa dan tenaga. *pembaziran tahu tak. Orang2 macam nie bagi jela diorang menang, minta maaf balik then buat tak tahu. kalau dah minta maaf jugak tapi tak reti2 nak diam tapi lagi mengutuk atau condemn orang itu bermakna mereka2 lah yang otak singkat *maaf kalau kasar. dah minta maaf pun mahu bising lagi ka? aiyoo nie lah manusia. salah sikit heboh satu dunia, bila dah minta maaf bising jugak lagi. tak tahu la apa nak jadi dengan mereka ni.
tapi apa2 pun saya dah bebas dari anda dan saya bebas dari kumpulan puak anda itu. say atas pagar, saya tak menyebelahi mana2 pihak. saya hanya memerhati dari jauh dan hanya bersuara hanya bila perlu sahaja ;)
so yang lain2 tu fikir2 lah ye orang yang bijak tak banyak bercakap tapi banyak berfikir sebelum bercakap. orang bijak juga belajar dari kesilapan.


belajar lah dahulu dari sesuatu jangan suka nak melulu condemn. terutama kalau orang tuh nak mengaku kesilapan yang telah dilakukan ;)


pengajaran hari ini :

1) sebelum berkata/komen/post status/tweet berfikir lah dahulu (terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kat ? pandai2 lah fikir)

2) jangan suka nak condemn orang, setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. jadi jangan terlalu nak ego atau taksub.

3) jadi diri anda sendiri, jangan jadi lalang dan suka nak cari perhatian daripada membodek-bodek. dapat apa kalau bodek2 nie, tak untung apa pun.

4) at last but not least ingat pada Allah dan berdoa lah selalu. Moga2 dosa2 kita diampunkan, dan dijauhi dari azab api neraka. Amin. ;)

1 comment:

saye razif astakona said...

hehe..lumrah dunia mase kini.. sabar je la :)