Sunday, January 29

Plastik??





apa itu friendship? PERSAHABATAN? apa itu erti persahabatan?  adakah kita bersahabat semata2 untuk kepentingan diri sendiri? (erti kata lain friends with benefits) hmmmm

Ok back to the tittle, why plastic? walhal gambar di atas tiba2 END FRIENDSHIP? macam pelik tak? hahaha banyak benda nak dikongsi sampai dah tak keruan jari ni nak menaip. tak mengapa kita mula perlahan-lahan ye.

kenapa diberu tajuk plastik? plastik sesuatu yang kental dan elastik dan boleh menyembunyikan sesuatu yang maybe kita tak nak orang tahu keadaan sebenar. (what the point??) friendship yang plastik! dapat tak?? ... tak jugak? ok senang cerita.. TIKAM BELAKANG.. kalau tak tahu juga apa itu tikam belakang ini contohnya:

"jangan diikut contoh diatas ye" amaran!

ok dah dapat? tikam belakang kenapa? haaa mana la kita tahu. hati manusia kan, rambut sama hitam tapi hati siapa yang tahu? (hanya yang berkuasa mengetahuiNya). apa yang terjadi sebenarnya eyh? mesti dah bosan ok. sebenarnya nak share dan nak buat semua orang berfikir dan buka mata hati tuh sedikit (sikit je tak banyak pun). biasalah kita ni hamba Allah yang kerdil lagi jahil, sentiasa melakukan kesilapan dan masing-masing ada kelemahan dan keburukan jadi jangan lah kita take advantage atas kesenangan orang atau ambil kesempatan dalam kesempitan ye.

atas pengalaman dan pemerhatian yang dilihat ye. (wah macam C.S.I. hihi) menunujukkan bahawa kawan yang kita berkawan ni adakah atas sebab kepentingan diri sendiri atau memang kita ikhlas berkawan? adakah kita berkawan perlu melihat darjat? paras rupa? atau duit? tapi kini apa yang aku dapati berkawan kerana ingin mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri (what so selfish person you are!!) hmm kesian kepada sesiapa yang sedang menghadapinya.. (termasuk la diri sendiri ni ha!)

Kes 1:
-berkawan dengan seseorang bila ada kereta. (macam ni ke kawan?)

Kes 2:
- berkawan kerana orang tu pandai.(yang ini memang disarankan teramat2 la) TETAPI.. dengar ye tetapi kalau ye pun nak berkawan dengan orang pandai jangan lah terus tak pandang langsung yang tak pandai ni ha. adoi kalau orang minta tolong ajarkan jangan lah buat muka (macam nak makan penyepak) dan jangan sesekali cakap "boleh aku jara kau, tapi dengan syarat kau ajar aku yang ini dulu" CHOI! bukan ke kau nie pandai? kenapa nak suruh orang jar kau dulu baru kau nak ajar aku? berkongsilah apa yang kau ada dan jangan terlalu nak iri hati dengan kelebihanorang lain la (come on la nak bersaing dalam pelajaran tak salah tapi cara kau tuh buat orang annoying dan terasa ok!)

Kes3:
- jangan nak jaga tepi kain orang sangat boleh tak? ( cermin diri sendiri dulu). apalah masalahnya ye? sibuk dok nak menjaja cerita-cerita orang ni? best ke? kalau aku lah kan, letih tahu tak? bingit telinga dan sakit kepala nak amik tahu. (tak tahu lah kalau belakang aku pun kau ada cerita pasal aku). bukan apa lah kan, nak bergosip boleh tapi tolong BERINGAT ye. kalau dulu kau pernah kutuk orang tuh but then satu hari kau beralih angin kau pergi balik kat orang tuh dan kau kutuk pulak orang lain (especially tiba2 orang yang kau nak kutuk tu kawan baik kau). perghh siapa yang tak menyirap. LALANG la kau ni.

SEPANDAI-PANDAI MELOMPAT, KE TANAH JUA AKHIRNYA!
Jangan kau ingat kau tu hebat sangat ye. kalau dengan perangai kau macam tuh takkan kemana pun. Kak ni baru di alam Universiti belum lagi dialam pekerjaan. Kalau macam ni la perangai yang kau nak bawa sampai ke tua. Maaflah (kalau terkasar sangat bahasa ni) kau akan sentiasa berada dikelompok yang sama, kau takkan keluar dari kepompong kau tu.With your country bumpkin perception, you will become forever alone. No one will ever want to become your friend. because of what? because of your attitude that you show now! But but but you are so brilliant in that such way! What a genius girl you are! .. BIJAK mengambil KESEMPATAN dalam KESEMPITAN!

Jangan pernah terfikir semua orang suka kau punya cara tuh ye. Aku bukan nak kondem sesiapa tapi cuba lah cerminkan diri sendiri. (ini juga peringatan untuk aku juga!) sebelum kita nak mengata orang tuh begini begitu dan selebihnya, apa kata kita tengok dulu diri kita sendiri. adakah kita ni cukup baik nak cakap orang begitu. adakah kita ni cukup baik untuk jadi sahabat yang betul-betul ikhlas, jujur, dan kasih kan kawan? tanpa ada sedikit pun perasaan yang boleh membuat kawan kita itu bersedih?
 jika benar sahabat kita dalam kesusahan bantu dia, setia berada disisinya. bukannya jadi seperti lalang yang sekejap kesana, kemari. (that was not a good thing!). jika benar sahabat kita itu salah, jangan kondem dia terus! dan paling penting JANGAN PERNAH SESEKALI BERAHSIA DENGAN SAHABAT YANG RAPAT DENGAN KITA & PALING PENTING JANGAN PERNAH MENCERITAKAN KEBURUKAN SAHABAT BAIK KITA ITU KEPADA ORANG LAIN (especially if org lain tu orang yang pernah anda kutuk jua ... teettt!)

Pengajaran :
- jangan nak suka mengutuk orang tak tentu pasal
- jangan nak tunjuk sangat kebodohan kita melalui kelakuan kita yang kadang2 tuh kita tak sedar. (buat malu je tahu tak kalau orang mentertawakan kita atas kesilapan yang kita buat tapi kita tuduh orang lain buat)
- berkawan dengan ikhlas bukan ATAS KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.
- biarlah buruk mana atau cacat mana pun kawan kita, jangan pernah biarkan dia sendirian.
- jagalah nama dan rahsia kawan baik kita itu dengan baik. Itu umpama amanah dari kawan baik kita kepada kita, jangan pernah sesekali khianatinya.
- jadilah seorang yang jujur dan tidak menyakiti sesiapa demi menutup kesalahan diri sendiri. Jika benar kita salah jangan ulangi lagi. Jika benar itu kelemahan kita perbaikinya jangan nak memandang kelemahan orang lain je.
- dan yang selebihnya fikir-fikrkanlah apa yang terbaik untuk kita menjaga hubungan persahabatan kita ni.




Akhir kata beringat lah sebelum terkena dan jangan lah kita mengkhianati kawan kita. kerana apa yang kita buat hari ini, pasti ada balasannya. Beringat dan sedari lah. Aku tak minta kau pandang aku, cuma aku nak kau berubah dan jangan terlalu yakin dengan keadaan kau sekarang ni.aku juga tak minta kau bersimpati dengan aku, kerana aku tahu siapa aku dimata kau.jangan lah kau membuat suatu andaian yang kau sendiri tak pasti tentang diri aku.fikirkan masa depan kau juga, banyak benda yang perlu kau lalui dan lebih mencabar lagi nanti. renung-renungkan lah. yang baik jadikan amalan dan yang buruk jadikan sempadan. Assalamualaikum.

No comments: