Saturday, February 2

Fieldwork Fieldwork Fieldwork

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hello rakan-rakan dan para pembaca. Terima kasih kerana setia membaca belog yang tak laku sangat ni. Almaklum la meng-update sekali sekala saja. Busy sangat ke jadi pelajar tahun akhir diploma perakaunan ni? sampai nak update blog pun macam tak ada masa? (hahahaha gelak dulu). Sememangnya kami sangat "busy" la assignment, hehehe. Actually pada asalnya memang niat buat assignment pun.

Memang ini kenyataan, sebagai pelajar tahun akhir, kterorang ni ada satu subjek yang bernama "Introduction to Entrepreneurship" singkatannya ENT300 haa kan senang. okay subjek ni kene buat business plan, dimana  kami kene la set up satu business yang tak wujud lagi. So group aku ni dikalangan orang yang aku kenal ala-ala macam tuh je. tak ada la rapat mana baru satu kelas sejak last semester.

Pendekkan cerita malas nak cerita banyak pasal ENT jadah tuh semua, kami pun mula membuat plan untuk menjayakan produk yang kami satu group ni dah fikirkan. Kami kene buat 'fieldwork' haha. Ok dipermulaan jalan cerita kami, memang mengikut seperti apa yang dikehendaki pergi cari tempat untuk buat interview. Ok jumpa dah. Set first trip kami untuk buat fieldwork adalah di Puchong (Ye, dekat dgn rumah aku celah kangkang tuutt je hahaha). Habis first interview, hmm rasa macam tak cukup evidence and maklumat ni perlukan lagi. So kami dapat satu di Batu Pahat, sebuah perusahaan makanan sejukbeku. Yes, menepati semua apa yang kami inginkan untuk melengkapkan business plan kami.

So second trip kami adalah ke Batu Pahat, Area Tongkang Pechah untuk menemubual syarikat Mi&Da Enterprise. Sampai je dekat Batu Pahat, sebenarnya appointment pukul 2petang tapi kami ni dah lapar tahap gaban la. Almaklum la kelas pagi pukul8, lepas kelas terus gerak so tak sempat nak makan apa-apa. Sampai kat sana niat dihati teringin la nak singgah makan dekat Nasi Briyani Mad Shah. (memang popular kot nasi briyani ni memang umphhhh!) Tapi malangnya kawasan Batu Pahat time tuh jam, maybe time lunch hour kot. So jeling-jeling jam ditangan dah nak dekat pukul 2. So terpaksa la berkorban tanhan lapar kejap (padahal dah pedih perut ni).

Sampai je dekat kedai Mi&Da Enterprise tu, owner dia sangat ramah. Business ni kind of family business, so yang entertain kami ni anak pak cik tuh. Yang part best, bak orang kata niat yang baik akan disambut baik. Alhamdulilah tak disangka-sangka pihak sana dah menyediakan sedikit santapan untuk kami.(punya la girang hati ni, memang dah alang-alang lapar benar dah time tuh). So kami buat interview like half normal, sambil interview sambil makan borak-borak, gelak-ketawa, and paling best kami dapat experience buat makanan-makanan sejukbeku disitu. Haaa pelbagai aksi dan ragam la, lagi-lagi group aku ni haa ayoyo, tapi this the best experience. Rasa tak rugi datang jauh dari segamat, survive drive 2 kereta sehari perjalanan. Segala ilmu yang dikongsi oleh pakcik tu sangat berharga. Plus dengan makanan yang disediakan hehehe (pulut kuning memang terbaik~~)

Walaupun bila fikir balik rasa lecehnya nak kene buat filedwork bagai semua, tapi sebenarnya buat kerja-kerja ni lebih mendekatkan kita dengan dunia kerja yang sebenar. Skill more important, even though theory is needed. Haaa start after second fieldwork ni la, banyak lagi kerja-kerja luar yang aku and the gang buat. hahahahha macam-macam ragam, tapi nak diceritakan semua kat satu entri macam panjang sangat kan, nanti korang juga yang buhsan nak baca. Nak tahu apa kerja-kerja or "fieldwork" yang lain kami buat haa tunggu next entri yeeee (wink wink).

Ni aku sediakan beberapa gambar untuk santapan korang dan juga sebagai bukti kami dah buat fieldwork yang sangat berbaloi-baloi !!! ;)



Tekun dan Bersungguh

This is our first fieldwork trip (Puchong)






Lihat muka-muka yang Kelaperran





Bersungguh 





Manager-manager kami yang keletihan (hahahha)





Ini baru permulaan perjalanan kami, serta titik permulaan hubungan kami satu group menjadi makin rapat dan penuh drama. Plus ada lagi watak-watak lain yang belum diperkenalkan lagi. Ini baru intro jeee weee weee
See yaaa sooooonnnnnn ... xoxo






No comments: