Monday, August 13

Salam

Selamat aidil fitri,Kepada saudara serta saudari,Setahun hanya sekali,Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan,Kita berpuasa hingga sebulan,Pabila Syawal menjelma,Hari raya disambut dengan gembira
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni,Mengunjungi sanak-saudara kaum famili,Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini,Tua muda wajah berseri-seri
Marilah bergembira,Bersama menikmati hari raya,Mintak mak kuih sepotong,Saya mahu makan kerna perut kosong
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan,Diharap supaya jangan disimpan,Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki,Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya,Hari untuk kita bersuka ria,Selamat kami ucapkan,Untuk kita hingga sampai tahun depan
SELAMAT HARI RAYA!!!

HAHAHA yang sakan menyanyi lagu raya ni, puasa penuh ke tidak? amboi amboi! seronok betul nak raya ye. ni nak habaq mai ni.(macam pelik je ayat?) Macam mana persiapan raya semua? Dan sudahkah anda melaksanakan apa yang patut anda lakukan sepanjang bulan Ramadhan ni? InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Amin. 

Bercakap mengenai raya ha tahun ni balik kampung! Aku balik... ermm ermm balik Pontian Johor.(hihihi) ehem ehem. So apa harapan korang untuk raya tahun ni? I had a wish! I wish semuanya kembali bersatu, unite seperti dulu. Aku sungguh rindukan mereka untuk berkumpul semula seperti dulu kala. Hati sering kali sayu dan sedih mengenang kan apa yang dah berlaku.

Setiap tahun harapan aku hanya untuk melihat semua berkumpul didalam satu rumah pada satu masa yang sama. Walaupun mustahil, tapi aku yakin akan ada satu hari nanti dimana semua akan balik dan berkumpul. ya! Tiba-tiba nak cerita sedih pulak kan? tapi itu yang sering bermain difikiran aku, setiap kali terdengar lagu raya. InsyaAllah. Allah lebih mengetahui apa yang terjadi dan apa yang akan terjadi. Semuanya ada hikmah, percaya pada Qada' dan Qadar.

So Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! Aku mohon maaf kepada semua pembaca jika ada terkasar bahasa dan menguris perasaan. (eh jangan terasa-terasa lagi). Hamba Allah yang seorang ni memang lah tak sempurna tetapi sentiasa untuk perbaiki diri ini. Maaf kalau kelakuan tak dapat diterima, everybody's not perfect. Aku juga dengan tulus ikhlas memaafkan sesiapa sahaja yang pernah aku makan hati atau aku merajuk ke apa ke. Apa-apa jela semuanya aku halalkan. 0-0 balik la ye. 

Assalamualaikum. xoxo

Salam Ikhlas dari saya Wafaa' Rosly @ Afaa Roselyn

1 comment:

Anonymous said...

Afaa dah pakai tudung? awhh :D